Saturday, 30 June 2012

OBVIOUS...


there's something that make feel something everytime listen to this song... ^____^

by: aliyazack

CHEEZY WEDGES ^^

sapa suke makan CHEEZY WEDGES????
tiba-tiba, petang nie terasa lapar & mengidam plak...
maybe disebab tension study kowt.. hurmmmmm T____T

rasa macam nak makan wedges je... tp......
so, apa yang mampu, hanya menatap gambar je la...( tu pown da rse macam nak terjun je lam gambar tu)
#aliasabar!!behaveyourselfdear..#

tengok la cheezy2 dye tu... tergoda!!!

*balikrumahnantinielaprojekaku..lauxbuatpowngbelikatKFCsudah.. ^^ *

Friday, 8 June 2012

HEY YOU!!


 love this group too... 
nice song and MV (even without dancing)
go CN Blue!!! <3<3

by: aliyazack

Hantaran Oh Hantaran.. ^^



ASSALAMUALAIKUM...
untuk entry kali ni, saya just copy from one of the blog yang saya bace... it's kind of interesting, because it's relate to " WANG HANTARAN "..
maklumla dua-dua belah pihak akan berhadapan ngn hantarannye; Lelaki (menyediakan), Perempuan(menerima)...
WANG HANTARAN MAHAL?
Masih ingat lagi dengan jadual WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN yang popular di Facebook sekarang?
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000
Tak mustahil semua ini akan menjadi fenomena Global! Kebiasaannya sekarang, pihak perempuan akan minta wang hantaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Fikirkan, bagaimana mahu mencari duit yang sebanyak itu? Sebab itulah ramai yang pinjam ALONG untuk TOLONG mereka kahwin dan akhirnya TERLOLONG begitu sahaja (tak mampu bayar pinjaman).
Mungkinkah seorang lelaki yang baru menamatkan pengajian di Universiti dan baru mula bekerja dapat mengumpul wang sebanyak itu dalam tempoh yang sangat minima?
Tidak semua mendapat gaji yang tinggi sewaktu mula-mula bekerja. Ditambah lagi dengan bebanan pinjaman pendidikan yang perlu dilangsaikan, memang sangat memeritkan kepada pihak lelaki untuk mengumpul wang untuk berkahwin.

CINTA PUNYA PASAL
“Kerana cintaku kepadamu, akanku bayar seluas lautan untukmu” (Cewahhh!!)
Bagi lelaki pula, cinta menyebabkan mereka sanggup untuk mengharungi semua itu. Berapa yang pihak perempuan minta disanggupkan sahaja. Kalau tak dapat nak sediakan wang hantaran yang diminta, ramai lagi anak Dato’ yang bersusun untuk meminang si dara. Melepas nanti!
Jika soal cinta diperjuangkan, mengapa pula si dara tidak mahu membantu si teruna untuk meminangnya? Bukankah jika ada cinta semuanya akan mudah belaka? Mengapa pihak perempuan tidak mahu menasihati keluarganya untuk meletakkan kadar hantaran yang MAMPU BAYAR kepada pihak lelaki.
Bukankah itu juga satu bentuk pengorbanan dalam cinta oleh pihak perempuan?

WANG HANTARAN SESUATU YANG WAJIB KE?
Kos berkahwin yang begitu tinggi menyebabkan ramai lelaki menangguhkan perkahwinan mereka. Bukannya soal tiada calon tetapi sebab tak ada ongkosnya!
Tetapi jika kita kembali kepada Islam, perkahwinan sangat dipermudahkan. Ada kisah seorang sahabat Nabi yang mahu berkahwin tetapi tidak mempunyai wang :
Dari Riwayat Muslim, hadis Sahl bin Saad RA katanya :
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata:
“Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu”.
Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
“Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya”.
Nabi SAW segera bertanya: “Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan MAS-KAHWIN”.
Sahabat menjawab: “Tidak ada!”
Nabi SAW bersabda: “Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin”.
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Nabi SAW dan berkata:
“Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin”.
Maka Nabi SAW bersabda lagi:
“Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI”.
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
“Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya”.
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan).
Nabi SAW bersabda : “Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai”.
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Nabi SAW memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Baginda SAW memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Nabi SAW bertanya:
“Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?”
Sahabat tersebut menjawab: “Aku hafaz surah itu dan surah ini”.
Sahabat berkenaan menghitungnya, Nabi SAW bersabda lagi:
“Adakah engkau membacanya secara hafalan?”
Sahabat tersebut menjawab: “Ya!”
Nabi SAW nersabda :
“Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz”.
Kredit : Melayu.Com
Sesungguhnya Islam tidak meletakkan kadar Mas Kahwin yang wajib diberikan kepada isteri. Tetapi kebetulan pula setiap negeri sudah meletakkan harga Mas Kahwin yang wajib dibayar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan harga mas kahwin itu tidaklah terlalu membebankan. Misalnya di Selangor, harga mas kahwin hanya RM300 sahaja!
Hantaran dan Mas Kahwin sesuatu yang berbeza. Hantaran adalah adat dan mas kahwin adalah syariat. Mudahkan perkahwinan dan jangan bebankan dengan sesuatu yang tidak perlu.
Berbelanja mengikut kemampuan dan tak perlu mengejar populariti dalam perkahwinan. Apa yang penting bukannya majlisnya yang ‘meletup’, tetapi pengisian selepas perkahwinan yang harus hebat (bertanggungjawab dalam perkahwinan).
Renungkan apa yang Nabi Muhammad pesan kepada kita tentang soal perkahwinan :
“Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’” (Hadis riwayat Al-Baihaqi)


cc:  http://myibrah.com/hantaran-oh-hantaran


by: aliyazack

Wednesday, 6 June 2012

BEAUTIFUL^^


just found this video "Beautiful-2PM"...and I just like it straight away... beautiful song n music..
kind of romantic.. <3

p/s: mostly people now enjoy kpop.. hehe
tq.. 
by: aliyazack

Monday, 4 June 2012

HALAALAN THOYYIBAN..

this time punye entry it's kind of Islamic sikit... I got this flyers from one brother and it's all about "PERKAHWINAN" (MARRIAGE) ^^

perkahwinan adalah satu institusi yang mulia kerana ALLAH S.W.T telah menjadikan lelaki & wanita supaya mereka dapat medirikan rumahtangga dengan itu dapat hidup aman dan damai serta berkasih sayang.

ALLAH S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

"dan di antara tanda-tanda kekuasaan-nya ialah DIA mencipta untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaranya kasih sayang.." 
(Ar Raum 30:21)

pesanan ALLAH kepada pasangan ajnabi (walaupun tidak melakukan zina besar) sebelem bernikah:

 Surah An-Nur ayat 21:

"hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. sekiranya tidaklah kerana kurnia ALLAH dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tiada seorang pun dari kamu bersih(dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi ALLAH membersihkan siapa yang dikehendakinya. dan ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

by: aliyazack

Sunday, 3 June 2012

LOST WORLD OF TAMBUN^^


don't want talk much...best to be here...
the fee is OK RM38(adult) but since we're student so we get discount.. hehe ^^
we were there for one day, but still cannot explore the whole place... huh..

for me Tambun & Bukit Merah were exciting.. and wish to go there again.. ^^


TAG!! take picture before going in.. ^^


it's kind of symbol of these theme park..


PETTING ZOO!!
by: aliyazack



ABC...

ABC(Air Batu Campur)..
lau area Shah Alam, ABC yang femesnye kat seksyen 2 la...
just pilih je, banyak kedai yang jual ABC...
what's best about this ABC, it's heaven!!!
lau setiap kali kuar seksyen 2 wajib beli, tak makan sane pown tapau balik... emang terbaek...
harga pown affordable la RM 3 (okla bile tgok dye punye bahan2 kan???)

 





by: aliyazack